Bahan-Bahan: | |
250 g marjerin
100 g gula perang 70 g gula kastor 350 g tepung halus 50 g tepung jagung ½ camca besar soda penaik 1 ½ camca teh garam 2 camca teh esen vanila 80 g emping badam | Untuk hiasan:
200 g coklat masakan, dicairkan 200 g coklat putih, dicairkan |
Cara: | |
Putar marjerin bersama gula perang dan gula kastor hingga ia kembang. Kaup balikkan tepung halus bersama tepung jagung, soda penaik, garam dan esen vanila hingga ia sebati. Kaup balikkan empingan badam hingga ia sebati. Ratakan sedikit adunan di dalam acuan kecil pilihan. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C, 20 minit. Biar ia sejuk. Sapukan permukaan biskut dengan coklat masakan, biar ia keras. Lakarkan permukaan coklat masakan tadi dengan coklat putih. Buat hingga ia habis, biar ia keras. Simpan di dalam bekas kedap udara. |
Sunday, August 14, 2011
Biskut Badam Bertatah Coklat Putih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment