Bahan-Bahan: | |
500 gram tepung pulut
½ biji kelapa 4 sudu besar gula pasir 1 biji telur Biji bijan halus 1 sudu besar esen ros | Minyak memasak secukupnya |
Cara: | |
1/2 biji kepala dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi)dan senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan. | |
Cadangan Hidangan: | |
Sesuai dihidangkan semasa musim perayaan dan sebagai makanan ringan seharian. | |
Tambahan: | |
1. Cecair hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit
2. Gula tidak digalakan berlebihan kerana kuih akan menjadi keras dan tidak rangup 3. Uli sehingga adunan tidak melekat ditapak tangan. 4. Adunan tidak boleh dibentuk terlalu besar kerana ianya akan mengembang semasa digoreng. |
Sunday, August 14, 2011
Kuih Buah Rotan / Buah Bidaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment