Bahan-Bahan: | |
½ cawan gula perang 1 cawan gula halus 1 cawan mentega tanpa garam 1 camca teh esen vanila 1 biji telur, dipukul | 1 ½ cawan emping oat 1 cawan kismis hitam 1 ½ cawan tepung serba guna - diayak bersama 1 camca teh serbuk penaik - diayak bersama 1 camca teh serbuk kulit kayu manis - diayak bersama |
Cara: | |
Pukul gula perang dan gula halus bersama mentega hingga kembang. Masukkan esen vanila dan telur. Kacau rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama emping oat dan kismis. Kacau sebati dan simpan sejam di dalam peti sejuk. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat seperti guli kecil dan tekan adunan menjadi leper. Letakkan adunan di atas dulang bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar 10 minit atau hingga kuning pada suhu 180'C. |
Tuesday, August 2, 2011
Biskut Emping Oat Berkismis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment