Bahan-Bahan: | |
¼ cawan mentega tanpa garam ¼ cawan marjerin 1 cawan gula perang 1 biji telur ayam ½ camca teh esen vanila | 1 cawan kacang hazel, ditumbuk halus 1 ¼ cawan tepung serba guna - diayak bersama Sedikit garam - diayak bersama ¼ teh serbuk penaik - diayak bersama |
Cara: | |
Pukul mentega bersama marjerin dan gula perang hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Gaul rata. Masukkan bahan-bahan diayak bersama dan kacang hazel. Gaul hingga sebati. Lengser dulang bakar dengan sedikit mentega dan susun adunan menggunakan camca teh. Jarakkan adunan 5 cm di antara satu sama lain. Hiaskan kacang hazel di atas biskut. Kemudian bakar 15 minit pada suhu 170'C. Biskut ini mudah kembang ketika bakar. |
Monday, August 1, 2011
Biskut Kacang Hazel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment