Bahan-Bahan: | |
250 gm mentega 125 gm gula pasir 3 biji kuning telur 2 sudu teh parutan kulit limau oren atau limau bersira (dicincang halus) 1 sudu teh esen vanila 2 sudu teh pes coklat | Bahan-bahan diayak bersama: 280 gm tepung halus 30 gm tepung jagung 40 gm tepung kastard |
Cara: | |
Putar mentega bersama gula pasir hingga ia kembang dan putih. Masukkan kuning telur bersama parutan kulit limau oren dan esen vanila. Masukkan Bahan-bahan diayak bersama. Uli adunan hingga ia sebati dan menjadi doh. Bahagi doh dua bahagian. Sebahagian dibubuh pes coklat. Simpan doh di dalam peti sejuk hingga ia keras, 2 jam. Keluarkan. Canai setiap bahagian doh 5 mm tebal (setiap bahagian dijadikan dua keping). Lapiskan doh (dua lapisdoh biasa disusun berselang-seli dengan dua doh bercoklat). Simpan semula doh di dalam peti sejuk, sebentar. Keluarkan. potong 5 mm tebal. Susun doh di atas tin bakar yang dilengser dengan sedikit mentega. Bakar ia pada suhu 180C selama 15-20 minit. |
Tuesday, August 2, 2011
Reben Jalur Coklat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment