Sunday, August 14, 2011

Biskut Coklat Crispy

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
130 gm gula perang
100 gm kelapa parut kering
100 gm cip coklat
50 gm gajus (dicincang)
1 sudu kecil vanilin
300 gm tepung gandum
Ceri merah & kuning
Telur sebagai hiasan
Cawan kertas secukupnya
Cara:
Mentega & gula perang dipukul sebati. Masukkan kelapa kering, cip coklat, gajus, vanilin dan tepung gandum. Uli hingga sebati. Ambil sedikit adunan masukkan ke dalam cawan kertas. Sapukan atas biskut dengan kuning telur & letakkan ceri merah sebagai hiasan.

Biskut Coklat Chip


Bahan-Bahan:
100 g mentega
25 g gula perang
120 g tepung gandum
60 g coklat chip
¼ camca teh esen vanila
30 g badam (dicincang)
Cara:
Mentega, esen vanila dan gula dipukul hingga gebu. Masukkan tepung gandum, coklat chip dan badam. Kacau adunan hingga rata. Sudukan (gunakan camca teh) adunan ke atas dulang pembakar yang telah dilenser dengan marjerin cair. Bakar di dalam ketuhar bersudu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 15 minit atau sehingga biskut kekuning-kuningan.

Biskut Coklat (II)


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
250 gm gula aising
100 gm gula halus
2 biji telur
100 gm serbuk koko
Tepung berserbuk penaik secukupnya
Serpihan coklat untuk hiasan
Cara:
Kacau mentega bersama gula aising dan gula halus. Masukkan telur. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan serbuk koko. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan tepung dan uli menggunakan tangan hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan samperit. Tekan dan potong mengikut suka. Bubuh serpihan coklat di atasnya.

Biskut Coklat


Bahan-Bahan:
400 gm mentega
1 biji telur putih
200 gm gula aising
½ sudu teh esen vanila
500 gm tepung
50 gm serbuk koko
Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius dan siapkan dulang pembakar.

Putar mentega bersama gula aising hingga kembang kemudian masukkan putih telur dan putar lagi hingga semua adunan kembang.

Masukkan tepung gandum dan serbuk koko dan putar sebati adunan. Rehatkan dalam peti sejuk selama 15 minit.

Gunakan acuan yang dipilih dan terap di atas dulang pembakar. Anda boleh menghias bahagian atasnya dengan gula aising. Bakar selama 15 hingga 20 minit.

Biskut Cip Dwicok


Bahan-Bahan:
200 gm gula kastor
100 gm mentega
100 gm lemak sayuran
2 biji telur, dipukul sebentar
1 sudu besar esen vanila
300 gm tepung serba guna
140 gm tepung jagung
200 gm coklat putih, dicincang halus
200 gm coklat masakan, dicincang halus
Cara:
Putar gula kastor bersama mentega dan lemak sayuran hingga gebu.

Masukkan telur bersama esen vanila, tepung serba guna dan tepung jagung. Putar hingga sebati.

Masukkan coklat putih dan coklat masakan. Kacau sebati.

Bubuh secamca sedang adunan di atas tempat pembakar. Buat hingga habis adunan. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius hingga keperangan.

Biskut Chocolate Chip Hazel Nut



Bahan-Bahan:
250gram Mentega
100gram gula castor perang
100gram gula halus
2 biji telur
1 tsp esen vanila
garam secubit
3 tbs tepung jagung
2 ½ cawan tepung gandum
100gram chocolate chip
100gram Kacal Hazel Nut (rendang & Tumbuk kasar)
Cara:
Pukul Mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu per satu bersama esen vanila dan garam. Setelah itu pukul bersama tepung jagung. Campurkan Chocolate chip dan Kacang Hazel dan akhir sekali fold in tepung sehingga sebati. Griskan dulang dan letakkan adunan tadi menggunakan sudu makan besar dan bakar pada 180'C selama 10-15 minit.
Tambahan:
Panaskan oven terlebih dahulu sebelum memasukkan biskut ke dalam.

Biskut Charlie Coklat


Bahan-Bahan:
650 gm tepung gandum
350 gm margerin
300 gm gula halus
2 biji telur
2 camca kecil serbuk penaik
4 titik esen vanila
Kepingan coklat masakan secukupnya (dicairkan)
Cara:
Putar margerin dengan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Kemudian kacau sehingga sebati. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan margerin. Gaul dan uli pula hingga lembut. Ambil sedikit adunan dan canailah setebal 5 mm. Kemudian terapkan dengan acuan bulat. Susun adunan yang telah diterap di atas dulang pembakar, kemudian bakarlah hingga masak. Setelah sejuk, sapukan coklat yang telah dicairkan dan gariskan jalur-jalur di atasnya.

Biskut Bulan Sabit


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji telur
320 gm tepung
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga separuh naik. Masukkan telur putih dan pukul lagi. Campur tepung. Gaul rata dan terap mengikut suka. Biar empat jam dan bakar.

Biskut Buah Pinggang



Bahan-Bahan:
BAHAN A
1 cawan gula
2 cawan mentega
1 biji telur merah
1 camca teh esen vanilla
BAHAN A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
1 cawan tepung jagung
BAHAN C
2 cawan biskut marie(diblend)
1 cawan oat
sedikit cornflakes diramas untuk topping
Cara:
-putar bahan A,jangan sampai terlalu kembang
-masukkan telur merah,putar lagi.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan bahan B sedikit demi sedikit
diselang seli dengan bahan c juga sedikit demi sedikit.
-uli sehingga menjadi doh yang lembut.
-terap dengan acuan berbentuk buah pinggang.
-sapu kuning telur di atasnya dan taburkan cornflakes.
-bakar pada suhu 180c selama 10 minit sahaja.
Cadangan Hidangan:
mengikut sukatan ini biskut memperolehi sebanyak 120 biji.

Biskut Buah Bercoklat


Bahan-Bahan:
250 gm mentega
2 cawan tepung berserbuk penaik
4 camca besar serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 cawan kelapa parut kering
1 cawan buah-buahan campuran kering
½ cawan kacang pecan, dicincang
1 cawan tepung jagung BROWN & POLSON
1 cawan gula aising-untuk aising
½ cawan serbuk koko-untuk aising
4 camca teh mentega cair-untuk aising
4 camca besar susu segar-untuk aising
4 camca besar kelapa parut kering-untuk aising
Cara:
Cairkan mentega di atas api sederhana. Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak diikuti dengan gula kastor, kelapa parut, buah-buahan campuran, kacang pecan dan tepung jagung. Gaul sebati. Masukkan adunan di dalam dulangbakar (19 cm x 29 cm), bakar dalam ketuhar 20 minit pada suhu 180'c. Sementara menanti biskut masak, sediakan aisingnya. Ayakkan gula aising bersama serbuk koko di dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega dan susu menjadikan ia pes coklat. Setelah biskut siap, ratakan coklat cair pada permukaan biskut dan tabur kelapa parut kering. Setelah sejuk barulah dipotong.

Biskut Bijan Raya


Bahan-Bahan:
240 g mentega
90 g gula kastor
1 camca besar susu segar
210 g tepung serba guna
2 camca besar bijan panggang
Gula kastor secukupnya
Cara:
Cairkan mentega di dalam periuk di atas api perlahan. Putar mentega cair tadi bersama gula kastor dan susu segar hingga ia berkrim, 1-2 minit. Masukkan tepung serba guna bersama bijan, putar hingga ia sebati. Bentuk doh seperti bebola dan golekkan ia pada gula kastor. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C, 15-20 minit.

Biskut Bertih Jagung Rangup


Bahan-Bahan:
150 gm mentega
75 gm gula kastor
30 gm badam cincang
60 gm bertih jagung (diramas sedikit)
50 gm coklat cip
1 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum
Ceri hijau untuk hiasan
Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan badam cincang, bertih jagung, coklat cip dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri hijau. Bakar hingga masak.

Biskut Bersalut Gula


Bahan-Bahan:
150 gm mentega
½ sudu teh esen vanila
1 biji telur besar
3 - 4 sudu besar gula kasar (bahagi dua)
Pewarna merah dan hijau
Bahan-bahan diayak:
300 gm tepung
50 gm tepung kastard
½ sudu teh serbuk penaik
Cara:
Warna sebahagian gula hijau dan satu lagi warna merah. Ketepikan. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Masukkan tepung untuk dijadikan doh. Canaikan 1/2 cm tebal di papan bertabur tepung dan gunakan acuan untuk menerap. Letakkan biskut di atas dulang pembakar. Taburkan gula yang diwarnakan itu di atas biskut. Bakar dalam ketuhar dengan api sederhana 180C kira-kira 20-25 minit sehinggan kuning keemasan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Cincin Emping Jagung

Bahan-Bahan:
150 gm mentega
50 gm gula aising
20 gm serbuk koko
200 gm tepung
1 camca besar susu cair
Esen vanila
Kellogg's Corn Flakes, ditumbuk kasar
Cara:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang. Masukkan serbuk koko, susu cair, esen vanila dan emping jagung. Gaul rata dan akhir sekali masukkan tepung. Terap dan sapu kuning telur. Taburkan emping jagung dan bakar hingga masak. Sejukkan dan tabur gula aising.