Sunday, August 14, 2011

Kokoflakes Madu

Bahan-Bahan:
50gm Mentega
1 sudu Madu lebah
¼ cawan gula pasir
50gm Kokocrunch (Nestle)
150gm Cornflakes (Nestle)
Sugar Rice secukupnya

Paper Cup secukupnya
Cara:
Keramas Cornflakes dan Kokocrunch dalam satu mangkuk. Jangan terlalu hancur.

Cairkan mentega dalam kuali bersih dengan api kecil sahaja.
Selepas mentega cair, masukkan gula dan madu. Kacau sebati.

Biarkan mentega sehingga menjadi berbuih.

Apabila mentega telah menjadi buih, masukkan adunan kokokrunch dan cornflakes tadi ke dalam mentega dan gaul rata.

Masukkan adunan yang telah siap ke dalam paper cup. Taburkan sugar rice berwarna warni di atasnya.

Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit agar adunan biskut kukuh.
Cadangan Hidangan:
Biskut kesukaan kanak-kanak

Mudah sangat. Cubalah!!!
Tambahan:
Kokokrunch dan conrflakes tidak dihadkan berapakah quantity yang diperlukan.
Cuma adalah lebih baik jika adunan dlam kuali kelihatan bersalut keseluruhannya menandakan cereal mencukupi

No comments:

Post a Comment