Sunday, August 14, 2011

Biskut Batik

Bahan-Bahan:
Majerin - 1 cawan
Milo - 1 cawan
Susu Pekat - 1 cawan
Kacang Tanah - ½ cawan
Biskut Marie - 10 keping
Cara:
Panaskan kuali. Masukkan majerin dan panaskan sehingga cair. Kemudian masukkan milo, susu pekat gaul sehingga sebati.

Setelah itu masukkan kacang tanah yang telah sibuang kulit dan ditumbuk halus. Akhir sekali masukkkan biskut. Gaul semua sekali sehingga sebati.

Angkat dan masukkan ke dalam loyang. Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti ais.
Cadangan Hidangan:
Makan bersama `kopi o`. Sesuai untuk 4 orang sahaja. Kalau yang lain nak menumpang boleh jugak.

No comments:

Post a Comment