Sunday, August 14, 2011

Biskut Bebola Bijan

Bahan-Bahan:
¾ cawan tepung naik sendiri
1 ¼ cawan tepung gandum
¼ sudu teh garam
6 auns mentega
½ biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu
4 auns bijan (digoreng tanpa minyak)
Cara:
Ayak tepung dan garam dalam satu mangkuk. Masukkan mentega dan gaul dengan jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan gula, kuning telur, vanila dan susu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan sebesar buah guli, golekkan dalam bijan. Letakkan di atas tin pembakar, tekan sedikit dengan sudu dan bakar sehingga masak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment