Sunday, August 14, 2011

Tempeyek

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
3 sudu udang kering (ditumbuk atau dimesin halus)
1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
100 gram ikan bilis besar (dibelah dua)
½ kg kacang tanah
2 sudu air kapur
1 sudu jintan manis
1 sudu ketumbar (ditumbuk separa hancur)
Sedikit serbuk perasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara:
Tumbuk ketumbar separa hancur. Ayak tepung beras dan tepung jagung ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan jintan manis, ketumbar, udang kering, serbuk perasa , air kapur dan gaul hingga rata. Masukkan santan dan garam, dan kacau rata-rata. Sekiranya adunan agak pekat, tambahkan sedikit air. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng dengan nyalaan yang sederhana dan letakkan acuan tempeyek ke dalam kuali supaya panas. Kemudian angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tadi ke atas acuan yang telah dipanas. Kemudian letak kacang tanah dan ikan bilis dan goreng. Setelah garing, angkat dan toskan. Buat begini hingga selesai semuanya.
Cadangan Hidangan:
Sesuai hidangan ketika menonton dan minum petang selain daripada pada hari raya.
Tambahan:
Udang kering boleh digantikan dengan udang geragau.

No comments:

Post a Comment