Sunday, August 14, 2011

Makarun Walnut

Bahan-Bahan:
3 biji putih telur
½ cawan gula halus, dibahagi dua
¼ cawan walnut, dikisar halus
½ cawan tepung serba guna
4 camca besar susu segar
56 gm mentega tanpa garam, dicairkan
Cara:
Pukul putih telur setengah kembang. Masukkan setengah bahagian gula dan pukul hingga kembang dan berkilat (buih putih telur). Campur sebahagian lagi gula bersama walnut dan tepung di dalam mangkuk lain. Masukkan susu segar dan mentega cair lalu digaul sebati. Ambil sedikit buih putih telur dan gaul bersama adunan tepung. Masukkan baki buih putih telur dan kacau hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paip adunan ke atas dulang beralas kertas minyak. Hias walnut di atas biskut dan bakar 10-15 minit pada suhu 206'C. Apabila biskut masak, angkat dan sejukkan. Jika suka, boleh hias biskut dengan mencelup sebahagiannya ke dalam coklat cair.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment