Monday, August 1, 2011

Dodol Durian

Bahan-Bahan:
Segantang tepung pulut
3 liter air suam
2 liter santan pekat
3 kg gula merah
3 kg gula pasir
Cara:
Bancuh tepung pulut dengan air suam. Tuang ke dalam kuali dan kacau atas api sederhana besar. Apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi sampai mendidih kali kedua. Masukkan gula melaka dan gula pasir, kacau lagi adunana. Apabila adunan likat, kacau selalu supaya tidak berkerak. Untuk mengetahui adunan telah masak, pastikan adunan tidak melekat di permukaan kuali atau dengan menggunakan daun pisang lekatkan pada adunan tadi. sekiranya melekat bermakna adunan tadi belum masak. Sebelum diangkat, campurkan adunan tadi dengan durian dan kacau hingga sebati. Letakkan di dalam dulang dan biarkan hingga sejuk. Setelah sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment