Tuesday, August 2, 2011

Snicker Cornflakes

Bahan-Bahan:
150gm Unsalted butter
5~6 Coklat Snickers/Mars
1 kotak cornflakes (separuh diramaskan.Jangan terlalu hancur)
paper cups.
Cara:
1.Masukkan Snickers/mars ke dalam periuk atas api yang perlahan.Ini nak mengelakkan coklat hangus. Bila dah cair sedikit masukkan butter.Cairkan.Sentiasa gaulkan supaya tidak hangus.
2.Setelah cair,masukkan cornflakes.Gaulkan hingga semua coklat melekat pada cornflakes.
3.Tutup api.masukkan cornflakes ke dalam paper cups dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
4.Simpan dalam bekas kedap udara.
Tambahan:
Resepi ni memang simple dan sedap.Biskut boleh dihiaskan dengan gula manik atau apa sahaja yang disukai.

No comments:

Post a Comment