Tuesday, August 2, 2011

Tart Nenas Gulung

Bahan-Bahan:
Bahan A
1 kg tepung gandum
1 ketul buttercup
2 biji telur
2 biji kuning telur(untuk disapu)
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh esen nenas
majerin untuk melembutkan doh
Bahan B
1 biji nenas
1 ½ cawan gula
4 kuntum bunga cengkih
sehelai daun pandan
Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.
2. Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.
3. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.
4. Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.
Tambahan:
Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.

No comments:

Post a Comment